PELABURAN UNIT AMANAH TERBAIK

Assalamualaikum WBT...

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan.

APA ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?
Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah. Okeylah, seterusnya kepada definisi pula.


Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.


Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC). 

KENAPA UNIT AMANAH DIKATAKAN PELABURAN SECARA KOLEKTIF?


     "Skim pelaburan kolektif" adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu jenis skim pelaburan kolektif.

     Kalau masih tak faham, saya guna bahasa kasar sahaja. Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan risau ke mana wang kita tu "berjalan". Dijamin selamat.


MENGAPA PERLU MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Setiap pelaburan semestinya mempunyai risiko yang tertentu, tetapi bergantung kepada jenis pelaburan dan tahap risikonya. Semakin tinggi risiko semakin tinggilah pulangannya. Tetapi itu bagi pelabur yang rajin dan mempunyai masa untuk menganalisis setiap stok yang ingin dilaburkan. Itu adalah cerita tentang saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia bukannya tentang unit amanah. Ia berlainan sekali.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga dan disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan sebagainya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock? itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock ni. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Unit amanah juga boleh dianggap sebagai tempat simpanan wang kita untuk jangka masa sederhana atau panjang dengan memperolehi keuntungan tertentu. Terpulang kepada matlamat si pelabur. Jika mahukan sejumlah wang tertentu di akhir tempoh yang dijangkakan, sudah pastilah memerlukan sejumlah wang tertentu untuk dilaburkan bagi mencapai jumlah wang yang dimahukan.
Dan ia merupakan satu pilihan yang bagus untuk memulakan perancangan kewangan anda untuk masa akan datang. Jika mahu memupuk sikap menabung mestilah memerlukan matlamat tersendiri. Mustahil jika mahu menyimpan untuk suka-suka tanpa sebab tertentu. Masyarakat zaman kini sudah hilang nilai menabungnya. Wang lebihan yang ada sudah pasti akan "dilaburkan" kepada barang-barang berjenama atau gadjet-gadjet terbaru yang ada di pasaran. Tidak salah untuk membeli tetapi perlulah mengikut keperluan dan keadaan ekonomi diri.


Ciri-ciri umum pelaburan SUA



Melabur di dalam unit amanah sangat mudah dan menguntungkan. Nak tahu kenapa? Ini kerana SUA hanya boleh melabur di dalam sekuriti yang:



1) selaras dengan matlamat SUA: apa matlamatnya? sudah tentulah memastikan pelabur mendapat keuntungan daripada modal pelaburan mereka!

2) boleh dipindah milik: ya! pelabur boleh menamakan waris pada pelaburan mereka.

3) mempunyai sebut harga atau nilai yang sedia ada (tertakluk kepada nilai pasaran semasa)

4) diniagakan pada pasaran yang layak dan dikawal selia dengan sempurnanya (ambil perhatian bahawa sekuriti yang disenaraikan juga boleh diterima sebagai pelaburan SUA)

5) mempunyai bukti yang cukup tentang hak milik atau pemilikan (supaya boleh dipegang atas nama pemegang amanah)

Dari segi risiko, terdapat pelbagai tahap namun ia masih di paras yang melegakan dan menggembirakan para pelabur. Dengan risiko yang berpatutan dan boleh diterima umum, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih 5 tahun) dalam skim unit amanah ini adalah lebih tinggi daripada pulangan akaun biasa dan akaun tetap serta jenis-jenis skim yang lain. Jadi mengapa perlu menunggu untuk mendapatkan pendapatan lebih hanya melalui skim unit amanah? 

Bak kata orang tua-tua menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...samalah seperti skim unit amanah ini, semakin cepat kita memulakan penabungan, semakin kukuhlah kewangan kita pada masa akan datang nanti. 


Tips kewangan: Menabung SEKARANG adalah lebih baik daripada menabung NANTI. SEKARANG hanya memerlukan amaun yang sedikit secara berkala tetapi NANTI memerlukan amaun yang banyak untuk MENYAMAKAN jumlahnya dengan masa SEKARANG di masa akan datang. Jadi jalan yang mana anda mahu? SEKARANG atau NANTI?

Nota: Kebanyakan maklumat adalah diambil daripada nota "Urus Niaga Unit Amanah" yang dikeluarkan oleh FMUTM dan beberapa website berkaitan unit amanah.



Bagaimana Hendak Mula Melabur?





Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 3 cara iaitu:


1. Pelaburan secara lump sum
2. Pelaburan secara simpanan bulanan
3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP




1. Pelaburan Secara Lump Sum



Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:

  1. keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
  2. keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi,  maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan
 
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!


3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 30% dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
Klik SINI untuk Kalkulator Pengiraan Pelaburan KWSP
Klik SINI untuk FAQ KWSP
 
Untuk keterangan lanjut dan khidmat rundingan percuma jangan malu jgn segan,
hubungi saya di :
Md Hazrin b Hasan
Perunding Unit Amanah Berlesen
call/wa : 018-7914909
PELABURAN UNIT AMANAH TERBAIK PELABURAN UNIT AMANAH TERBAIK Reviewed by mdhazrin on 11:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.